Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

BUKIT BATU CHONDONG

22 MEI 2016 assalamualaikum & hi, =) dah lama sungguh tak menaip dalam blog, sedikit perubahan dilakukan demi kesejahteraan sejagat. Selari dengan kehendak serta isi penulisan yang mahu dikongsi dengan kalian diluar sana. Hari ini saya nak berkongsi pengalaman saya memanjat Bukit Batu Chondong atau nama timangannya BBC. hiks. ad hoc plan, macam biasa. huhuhu. perangai tiba-tiba memang darah daging Suhaiba. BBC terletak dalam 5km dari belakang Zoo Negara, Ampang dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dari Serdang (sy driver yang slow hahaha). Landmark lain untuk BBC ialah Tapak ATV Kemensah, *mula-mula nak sampai hampir sesat jugak kami, banyak-banyak tanya lah orang sekeliling ye. Hiking kat sini ambil masa dalam 20 minit je, sangat sesuai untuk yang baru-baru ingin berjinak dengan dunia hiking, trek nya jelas, ada sedikit bahagian yang curam-curam berbatu, tapi Insya Allah selamat. View? very nice ^_^. Terdapat juga tarikan lain kat sini: main ATV dan juga